Saturday, March 19, 2011

Hayatilah..



Pesahabatan ini terlalu suci untuk aku buangkan.Terlalu indah untuk aku kuburkan.Namun apalah erti persahabat ini andai luka yang menjadi balasannya.Persahabatan ini ibarat kayu yang rapuh.Terlalu mudah patah bila badai melanda.Namun siapalah aku untuk menyatakan kasihku pada dia yang bergelar sahabat.Aku hanya insan kecil.Terlalu kecil hingga aku kadang-kadang dipersiakan begitu sahaja.Adakah aku tiada makna dalam hidupmu??Dimanakah namaku berada di dalam kamus hatimu??Atau mungkin langsung tiada namaku yang tercatat di mana-mana ruangan kecil hatimu.Hingga kau mencampak aku di mana-mana bila waktu kau tidak memerlukan aku.

Mungkin benar kata org,aku pelakon yang hebat.Terlalu hebat yang mempertontonkan watak yang terlalu memahamimu.Namun mungkin kau tidak sedari begitu rapuhnya hatiku tatkala kau hadiahkan aku kelukaan.Betapa peritnya senyuman yang terukir di bibirku waktu itu.Mungkin kau hanya namapak kemanisan senyuman itu namun kau tidak pernah merasai kepahitan di celahannya.Tahukah kau kemanisan itu datangnya dari rasa ikhlasku padamu tapi dari mana datangnya kepahitan itu??Kau sendiri tidak tahu.Kepahitan itu datangnya dari jiwa insan kecil yang yang terluka.Sakitnya hati ini bila tercalar.Aku insan kecil yang hanya mampu menangis bila aku disakiti.Tidak mampu berbuat apa-apa bila jiwaku dilukai.Siapa yang mahu mendengar tangisan insan kecil ini??Cuma malam yang pekat itu memahaminya.Dialah yang selalu menjadi teman dan dia jugalah yang setia mendengar segala keluhanku.Kerana gelap malam itulah yang selalu mendengar irama sendu berlagu pilu insan kecil ini.Mengapa??kerna aku insan yang kecil.

Aku menyayangi sahabatku dengan sepenuh jiwaku.Kasih dan sayangku inilah yang sering memakan jiwaku sendiri.Melumatkan hatiku hingga tiada langsung serpihannya.Kerna kau aku sanggup terluka.Kerna kau juga aku sanggup dilukai.Kerna kau,aku bina kembali hati ini.Aku membinanya dengan kalimah kemaafan darimu.
Dengan pujukan dan kata-kata manis darimu.Untuk apa??untuk kau sakiti berulang-ulang kali.Kau insan yang kering jiwanya.Aku mencari dimana dia kasih,dimana dia sayang.Aku berharap kau mampu membasahi jiwa ini dengan keikhlasan hatimu.Siapalah aku??aku hanya insan kecil yang mengharap kasih saktimu menyubur jiwaku.

Sahabat,andai di pertengahan jalan ini terhentinya kasih kita,terputusnya ikatan kita,aku berharap ko terus berlari mengejar cita-citamu.Maafkanlah aku kernaku tidak bisa mempertahankan kasih ini sehingga ke akhir jalannya.Sehingga ajal menjemput pulang.Sahabat,teruskan perjalanan hidupmu.Kerana,destinasi kita masih jauh.Masih tidak jangkau dek pemikiran.Usah kau toleh lagi kebelakang.Usah kau cari lagi dimana bayangku berada.Kerna aku tidak mahu kau kenangi lagi kisah silam kita.Namun ketahuilah yang aku sentiasa ada untukmu walaupun kasihmu sudah tiada bersamaku.Ketahuilah namamu sudah tersemat kukuh dihatiku.Biarku simpan kasih ini menjadi coretan luka dalam jiwa yang lara ini.Untukmu sahabat kuhadiahkan puisi ini…

Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka,
Peluklah aku bila aku Berjaya.

Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada,
Saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
Saat aku hilang tempat berpaut,
Dan saat itu aku harap kau menhulurkan tanganmu,
Bersama keikhalsan hati,
Tanda tulus ikatan persahabatn kita.

Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi insan  sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurna,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku,
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu,
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.

Sahabat,
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku ketika kesepian menemanimu,
Tangan ini tidak pernah kuat memegangmu,
Tapi aku percaya,keikhlasan cukup teguh untuk  menolongmu,
Aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku….:)

No comments:

Post a Comment