Saturday, March 19, 2011

Kembalinya aku ke bumi SEMESRA...



Hari ini adalah hari terakhir aku bercuti setelah semingu aku bercuti.Rasa susahnya kaki ini ingin melangkah keluar dari rumah.Rasa sekejap sangat cuti yang diberikan.Walaupun jangka masanya selama seminggu.Tetapi,aku hanya merasakan ianya hanya dua hari sahaja aku bercuti.Mungkin aku terlampau seronok semasa bercuti sehingga tidak sedar yang aku bercuti panjang.Selepas ini mulalah semula kehidupan seharianku di asrama.Mungkin aku rasa sunyi tanpa gelak tawa adikku yang comel tu,senyuman manis kedua ibu bapaku & senda gurauan kakak dan abgku.Tapi aku tahu,semua itu adalah cabaran hidup yang perlu aku lalui semasa di bumi SEMESRA yang sudah menjadi tempat tinggalku sementara untuk aku melanjutkan pelajaranku.walaupun masih ada kekurangannya kerana ianya sekolah yang baru,tetapi cukuplah bagi aku menganggap ianya sebagai sebuah sekolah yang sempurna.Sekolah-sekolah yang sudah lama dibina itu pun tidak semestinya sempurna.Pasti ada kekurangan yang tersembunyi.Barang-barang semuanya sudah di 'pack' siap-siap.Cuma tinggal untuk aku bersiap sahaja.MInta-mintalah sepanjang perjalanan nanti tiada benda yang tidak diigini berlaku dan tiada kesesakan lalu lintas.Itu sahajalah kata-kata terakhir dari aku.Rasa pelik menggunakan bahasa buku ini.

Sampai di sini sahaja coretan untuk kalian membacanya...

Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment