Monday, March 14, 2011

Malam yang sunyi....

Malam yang sunyi....
Aku bersendirian di dalam kamarku...
Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran disebabkan malam itu terlalu sunyi..
Semua orang sedang elok dibuai mimpi...
Hanya aku yang masih termenung mengimbau kenangan yang lampau...
Kadang-kadang aku tersenyum dan kadang-kadang aku berasa sayu...
Bukan kerana diriku sudah menjadi tidak waras..
Sebaliknye kerana aku mengingat kenangan manis dan pahit ketika aku bersama rakan-rakanku..
Semua kenangan itu masihku simpan di dalam kotak ingatan...
tidak pernah satu pn dr kenangan silam itu aq lupakan...
Kerana ianya memberikan aku seribu keinsafan dan keindahan yang datang dalam diriku..
Kenangan manis aku bersama keluargaku juga tidak pernah aku lupakan...
Kerana itulah yang membuktikan bahawa aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni..
Bukan niat aku untuk riak tetapi sebenarnya aq ingin menunjukkan rasa syukurku mendapat keluarga yg sebegitu....
Walaupun kejadian kemalangan jalan raya yang tidak pernah aq lupakan itu membawa kesedihan pada diriku..
Tetapi perasaan syukur aku kerana aku,ibuku dan adikku masih selamat walaupun keadaan kereta kami yg sangat teruk..
Itulah tandanya kebesaran Allah s.a.w yang masih mengasihi hambanya...
Sedang aku mengelamun..tanpa disedari..aku sudah pun dibuai mimpi...
Aku membiarkan mimpiku terus membuai tidurku....

Sekian.. ^_^

No comments:

Post a Comment